Hari ini seorang kenalan rapat talipon, katanya nak hantar durian dari dusun durian di Broga, Semenyih, buat makan-makan bersama keluarga.
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Tetapi sungguh terkejut bila yang dihantar rupa-rupanya melebihi 100 biji durian. Apa tidaknya, dihantar dengan sebuah lori 5 tan.
Bolehlah berikan kepada jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja suami kat pejabat.
Durian Pandan ini kali pertama saya lihat, durinya panjang-panjang +/- 2 inci tetapi tidak keras seperti duri buah durian yang biasa dijual.
Diberitahu durian ini dipanggil oleh orang-orang asli Durian Pandan (mungkin benar kerana baunya sangat harum seperti daun pandan), warnanya pula hijau seolah-olah buah durian belum ranum.
No comments:
Post a Comment