Subhanallah

Subhanallah
Awan membentuk kalimah ALLAH diambil di Mina pada hari raya Aidil Adha ke 2, 2007

Thursday, August 12, 2010

Snap sana...snap sini... 12 Ogos 2010



Fakta Pokok Bunga Kemunting Cina
Pokok Bunga Tapak Dara (atau dalam bahasa Ingeris dipanggil Rosy Periwinkle) merupakan sebuah spesies pokok yang juga terdapat di Madagascar. 

Juga dikenali dengan nama seperti pokok Kemunting Cina, pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari Cina, atau pokok Ros Pantai. Nama saintifiknya Catharanthus roseus.

Pokok bunga Tapak Dara tergolong dalam tumbuhan renek yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Pokok bunga Tapak Dara mempunyai ketinggian 60 cm dengan daun berwarna hijau tua berukuran 2-4 cm yang berbulu di sisinya. Daunnya juga tersusun secara bertentangan.

Mempunyai 5 kelopak dan terdapat warna ungu, putih, biru, dan juga merah jambu (pink)

Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin. Pokok ini mengalami bahaya kepupusan akibat ditebang secara agresif.

Pokok bunga Tapak Dara adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif seperti Vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. 

Kandungan lain Pokok bunga Tapak Dara adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin.

Kesan keracunan Pokok bunga Tapak Dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.

No comments: